Dilema Seorang Najwa
Assalamualaikum w.b.t semua...
" Kak long bila nak mohon SPA?" - Ibu
" Kak long bila nak mohon PHD?" - Ayah
" Kak long kawan kawan kau semua rajin apply kerja, siap interview tiga empat kali dah" - Ibu
" Kak long bila nk kahwin?" - Jiran-jiran, pakcik makcik, sepupu sepapat, cikgu-cikgu sekolah.
Antara-antara soalan yang boleh kata tiap-tiap minggu akan ditanya. Jawapan tetap sama. Nanti lah.
KERJA?
Hmmm, nak cakap dah ready kerja tak lagi. lepas-lepas habis belajar hari tu, satu interview je aku pergi. itu pun lepas sehari interview belum dapat keputusan lagi aku dah tolak sebab fikir nak sambung belajar. company tu kalau boleh nak aku buat PJJ. aku nak FULL TIME. aku tak sanggup nak hadapi hari-hari PJJ. heee. aku tak sekental orang yg buat PJJ.
BELAJAR?
aku memang minat belajar, tambah-tambah kalau ada biasiswa yang taja kita. rugi kalau tak ambil. buat PHD kau dapat RM 2,300 sebulan. dah macam gaji. cuma kau tak dapat pengalaman la. aku risau mampu ke aku nak buat PHD ni? buat Master pun dah separuh nyawa hilang.
aku pernah beritahu adik aku, kalau kak long sambung belajar macam mana? adik aku terkejut kemain pula. siap cakap. aku nk anak buah. kau pendek orang tak percaya pun kalau kau ada gelaran DR. eh eh adik aku ni. tanya sebab nk semangat. boleh dia down kan akak dia ni -.-
KAHWIN?
Tak pikir lagi. Makin besar makin tak kisah kahwin umur berapa. sebab makin percaya jodoh itu ada dan dah ditetapkan. jadi biar Allah yang tentukan.
BISNES?
Ya, aku memang minat sangat bisnes. sekarang perlahan-lahan buat business online. jual handbag, kasut, jam, baju dan macam-macam lagi. meh akak nak promote FB Page akak.
Asha Najwa House. Like la yawww jangan malu-malu!
Dan
akhirnya...
Seorang najwa telah bekerja sebagai pekerja sambilan harian di Jabatan Kerja Raya dengan rela hati. yela, kalau nak sambung PHD tu kemasukan April atau Mei. kalau tak paksa diri kerja. aku memang melagha lagi sekarang ni. tapi fikir ibu ayah duit pun cukup-cukup nak makan sekeluarga. jadi aku ikhlaskan diri untuk bekerja. sambil-sambil tengok kekosongan kat tempat lain.
hari ni adalah hari ketiga aku bekerja. setakat ni semua okay dan berjalan lancar.
One word,
Alhamdulillah.
salam. kerja jkr mana tu?
ReplyDeletew'salam. jkr kl :)
Delete